Saturday, November 26, 2016

Bercerai Susu (Bahagian 2)

Baru update bahagian 1 tadi tapi sebab petang ni ada kisah lucu sangat2 terus update bahagian 2..

Hari ni mama kerja, jadi balik tadi adik kat rumah nenek, dah t.hari memang time tido, apa lagi nak ngempeng lahh....mama cakap tak boleh terus merajuk belakang kerusi..hehe..

Ni belum drama sebenar, drama yang bikin suspen tadi masa adi bangun tido. Bangun2 sekali tak boleh bukak mata! Sakit2! Dia kata.. Suspen betul, mama memang dah agak ni lakonan sebab tadi elok je...

Tapi dah 15minit tak nak angkat muka, melekap kat mama, bila angkat mata tu tak bukak, memang drama sangat! Pandai betul dia berlakon memang dah suspen mama ingat betul2.... Sekali dia cakap 'nak susu....' Ok! Confirm ni drama.haha

Fikir2 cmana nak suruh dia bukak mata tanpa tewas pada lakonan 'nak susu'...

Tirah(sedara), tunjukkan kucing, kebetulan ada kucing putih, dari pagi memang adik duk hadap kucing tu, jadi dia excited nak tengok, ehh??mata dah bukak elokk je!haha

Memang drama sungguh lahh..mujur tak tewas....setakat 6.30pm ni adik belum ngempeng dari bangun tido...

Malam nanti pulak macam mana 

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment