Friday, November 25, 2016

Bercerai Susu (Bahagian1)

Assalammualaikum semua...

Lina nak kongsikan pengalaman bercerai susu badan dengan anak kedua Sakinah. Walaupun belum 100% berjaya sebab nak tido malam mama tewas dengan rajuk dan tangisan tapi siang hari dah berjaya. 

Sedih kan mommies, lina rasa sesiapa yang melalui akan faham perasaan lina sekarang ni, Alhamdulillah perjalanan memulakan penyusuan Sakinah seawal dia lahir di labour room lagi, dan dari saat itu memang Sakinah sepenuhnya diberi susu badan. Melimpah ruah rezeki untuknya, walau tak mudah tapi ilmu penyusuan tu dah cari gali sejak pregnant dan berbekalkan SET MENYUSU SHAKLEE perjalanan breastfeed ni dipermudahkan Allah sehinggalah Sakinah sekarang dah hampir 2 tahun 8bulan.

Fresh from labour room!

Lina ibu yang bekerja, jadi lina memang buat stok yang banyak, tapi sejak Sakinah 2tahun 2bulan macam tu lina dah stop buat stok sebab dia dah tak suka ebm, jadi membazir je kan. Tapi balik kerja tu dia terus lah cari....mama!!! nak susu!!! 
Ngempeng aje........

Kenapa lina nak bercerai susu? Sebab lina perasan Sakinah ni menyusu untuk comfort je lebih, masa dia ngantuk, atau masa nak tengok tv....saje2 nak ngempeng. Lagipun dia dah 2tahun 8bulan kan, dah besar.huhu..... 

Setakat ni Sakinah memang totally reject susu formula, tak sedap! dia kata. Aduhai....... Tapi sejak Selasa lepas dia minum susu kambing Rayden yang coklat, puas pujuk2 tengok dia nak minum.....ehhh???kagum mama!! Buat 3oz tu boleh habis minum. Tapi ikut mood jugak.huhu

Sekarang ni, siang memang lina tak bagi, bila dia mintak lina kata la adik dah besar susu mama dah tak sedap. Doktor kata tak boleh minum susu dah. Pastu lina letak serbuk teh.haha.....agak geli lah dia tengok kan..........hihihi.....berjaya lah jugakk.......

Yang tewasnya sekarang waktu nak tido, aduhai......sekali je baru dia dapat tido sendiri tanpa ngempeng, itu pun sayu hati mama ni haa...... Tapi malam tadi mama tewas, tengok dia nangis dan baring kat hujung2 katil macam nak jatuh tu..... huwaaaaaaa.........mama ni tak kuatlah! 

Mama nak bercerai susu sebelum ayah balik cuti sebab dah pernah cuba nak pisah susu masa ayah ada, rupanya ayah lagi tewas sebab kesian kan anak, dia datang selak2 ayah dah kata bagi jelah ayg....kesian lah dia......see??

Bonding breastfeeding ni sesuatu yang sangat2 istimewa....jadi nak stop ni adalah satu perjuangan antara perasaan sendiri jugak....huhuhuhuhuhuuhuhu......mama sedih jugak yang, tapi adik dah besar lah..nanti dah 3tahun.

Ok, doakan lah berjaya ye. Nanti lina update part 2 dan harapnya boleh buat kesimpulan tips bercerai susu dengan berjaya!!!

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment