Saturday, April 15, 2017

Kenangan Bersalin Anak Sulong

Petang2 ni rasa nak kongsikan pengalaman bersalin anak sulung, sofiyyah...kisah 5tahun yang lalu 😂
Bersalin secara normal tapi dalam OT. Pelik tak?hehe
..
Anak pertama lina lahir tahun 2012 masa ni umur lina baru 24tahun. Muda kan..hehe.. Masa ni lina tak guna smartphone, takde google2 blog dsb. Memang takde baca pengalaman orang lain melainkan kisah2 yang lina dengar dari mak, kakak, sedara mara...
..
Bila dah hampir nak bersalin kan kena perhatikan 3tanda. Contraction yang kerap, air ketuban pecah atau pendarahan /spot. Lina keluar tanda ketiga. Mak kata tenang, mandi dulu dan siap2 ke hospital.
..
5/2 sampailah kat hospital tapi sebab bukaan baru 2cm masuk dalam wad dulu. Jadi kena tidur wad lah malam tu, ini pengalaman pertama lina berada atas katil hospital. PERTAMA KALI.hihi....
..
Dan secara tiba2 kepala lina sakit yang amat sangat, tekan buzzer, nurse datang check bp, tinggi!!! Tak pernah2 tinggi seumur hidup naik tiba2, agaknya takut sangat kan, pertama kali tidur spital, nak bersalin anak pertama pulak tu kannn...
..
Jadi lina kena tolak ke bahagian di bawah pemerhatian doktor, dekat sangat dengan labor room. Lagi dasyat duduk sini, orang yang bawah pemerhatian kan, lina ingat lagi sorang tu meraung raung, nurse duk sebut sabar sabar sabar selawat doa kat orang tu...
Jadi lina memang bertambah takutla tengok orang lain macam tu, memang tak tidur sangat pun...
..
Dan tibalah giliran lina ditolak ke labor room, masa ni dah 6/2, masuk spital 5/2 tau, petang tu bukaan baru 6cm dan lina tak rasa apa2 contraction lagi. Tak rasa sakit lagi.. Doktor pecahkan air ketuban katanya baby dah berak, kena operate takut baby makan tahi sendiri, jadi panggil suami dan kitorang sama2 tanda tangan surat setuju. Masa ni tak fikir apa dah asalkan anak selamat dilahirkan.
..
Dah petang hampir maghrib 6/2 ditolak ke OT, lina nampak ramai sedara mara sebelah suami dah sampai, lina bersalin di Melaka, suami orang Melaka... Lina nampak mak ayah, mak ayah mertua, makwe(nenek suami), m.cik2 suami, ramailah ada....
..
Dalam OT lina rasa contraction, sakit sangat2, memulas mulas perut, rasa nak 'berak' pun ye..hehe.. Lina cakap kat doktor, saya macam nak berak lah(padahal tu rasa nak meneran, manalah ibu muda ni tahu kan.hehe)...

Doktor plak kata, awak nak bersalin normal tak? Boleh teran sekarang.. Dengan iringan nurse di kiri kanan lina ikut je arahan bila nak teran dan alhamdulillah 7.44pm lahirlah sofiyyah secara normal di OT. Bila baby dihulur untuk cium wanginyaaaaaaa subhanallah.....
..
Tak berakhir di sini, ada bengkak dalam rahim, darah beku kata doktor, dan memandangkan lina memang dah dalam OT terus operate keluarkan darah beku tu dan jahit luka bersalin, masa ni rasa sakit, masa gunting tu macam tak sedar pun sakit...
..
Masa ni lina rasa semua yang berlaku adalah keajaiban doa semua ahli keluarga yang menunggu di luar OT. Alhamdulillah...dah pun 5tahun umur Sofiyyah....
..
Nak tambah, buat semua ibu2 yang menunggu hari, jangan putus berdoa dan mohon orang laun mendokan, Allah sentiasa ada bersama....DOA SENJATA MUKMIN...
About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment