Thursday, October 26, 2017

Bercuti Ke Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 1

Assalammualaikum semua...

Minggu lepas ada cuti seminggu sempena Deepavali, jadi kami pun fikir2 la lokasi nak berehat2. Fikir2 asyik selalu ke tepi laut je kali ni kita pergi hotspring. Terus booking online dua malam di Felda Residence Hotspring dengan harga RM360 termasuk tiket masuk dan breakfast. Sangat murah!

Kali ni lina bertolak dari Tanjung Karang. Ziarah dulu nenek di sana. Dari sana lebih kurang 2jam sahaja perjalanan ke Sungkai. Dah alang2 sampai ke Sg Klah mestilah pergi makan nasi bamboo Sg Klah yang popular tu!

Lokasi nasi bamboo ni sangat dekat dengan exit tol Sungkai. Jadi plan baik2 tau, jangan check in dulu. Sebab nak masuk ke Felda Residence Hotspring ni jauh ke dalam. 10minit amik masa. Lina cadangkan baik makan dulu t.hari kenyang2 sebab check in pukul 3pm.

Tapi sebab lina datang dengan mak ayah ambil 2bilik deluxe kami masuk dulu register sebab nak request connecting room. Siap pesan siapkan bilik cepat2 ye kalau boleh.hehe...

Ok berbalik pada NASI BAMBOO SG KLAH.
3 perkataan: SEDAP, BERBALOI, BANYAK PILIHAN LAUK!
Eh ni 4perkataan.haha

Ok, konsep dekat sini, makanan berhidang, self service. Pergi pilih lauk, bayar, bawa dulang sendiri ke meja makan. Jadi walaupun nampak kereta banyak dan orang ramai, tak lama pun nak dapatkan makanan. Jadi jangan tak singgah kalau nampak banyak kereta sampai tepi2 jalan tu...



Kami makan kambing bakar, ikan bakar, kerabu mangga, ayam percik, kuah asam. SEDAP!!! Air asam dia sedap weih, cicah dengan kambing bakar sangat nyum3...

Kat sini jugak ada pelbagai jenis minuman, abc, cendol, aiskrim semua pun ada kalau nak. Konsepnya sama, self service, pilih sendiri, bayar dan bawa sendiri.

Kalau nasi tak cukup boleh je tambah nasi. RM2 satu bamboo tu. Dia akan round selalu untuk nasi tambah.

Ok panjang dah part1 ni. Tunggu part 2 tau. Lina akan kongsikan tentang Hotapring Sg Klah pulak.
About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment