Friday, October 27, 2017

Bercuti ke Felda Residence Hotspring Sg Klah Part 2

Assalammualaikum semua...

Ok sambungan dari Part1. Yang ni ramai nak tau reviewnya.hehe

Kali ni review Felda Residence Hotspring. Hotel dan Hotspringnya...

Dekat sini, ada dua jenis penginapan. Sama ada nak bilik hotel atau villa. Lina menginap bilik deluxe hotel. Mula saje book ingat nak bercuti on da way ke Penang, lepas tu sembang2 dengan mak, rupanya mak pun balik ke tanjung karang, apa lagi join sama2. Jadi mak ayah join kemudian, amik bilik yang sama, deluxe jugak. Harga sama RM180/night. Demand bilik sebelah2 connecting room.

Syok lagi ramai2 tau. Jadi sape datang dengan family besar boleh book villa. Ada 3bilik tak silap siap ada private jacuzzi. Ok, villa tak dapat review sebab tak duduk sana.hehe

Ok, ini deretan bilik hotelnya. Yang bertudung merah tu mak lina. Tinjau2 kawasan dulu.hehe.. Kami dapat bilik tingkat 2. 210 dengan 212. Bilik ni ada connecting door cuma naik tangga berasingan. Oh ya hotel ni takde lift ye. Jadi kena gagah la mengangkut beg2 naik tangga.

Masuk je bilik, wah! Luas sangat!!! Puas la budak2 ni bergolek. Suasana bilik boleh bagi 3bintang. Ok lah, memang selesa. Cuma lampunya ada suram2 romantik gitu. Downlight semua warna kuning2. Bila siang buka langsir tu ok lah terang.

Ada gambar ni je dalam bilik. Sebab masa teringat nak amik gambar bilik dah sepah.hehe... Pintu sebelah TV tu adalah connecting door ke bilik sebelah. Budak2 ni kejap2 masuk bilik tokwan maktok.

Ok ni lina nak tunjukkan betapa luasnya bilik ni. Nampak tak jarak katil ke ruang TV tu. Boleh bentang toto besar. Cuma TV tu saiznya kecik, jarak dari katil ke TV plak luas. Macam lina ni ok je nak tengok dari katil. Tapi suami lina kata tak syok. Jadi dia tengok TV atas lantai dengan kepala je beralas bantal. Dalam bilik dah siap iron board, iron. Yang perkakas lain tu biasa lah. Ada pantry kecil sekali peti ais kecil. Cuma hair dryer ni agaknya tak semua bilik ada. Bilik lina takde tapi bilik mak ayah ada pulak. Biasalah hotel lama kan...mungkin dah rosak tak ganti.

Yang tak syok sikit, dapat bantal 2biji je! Selalu duk hotel bantal 4biji kan. Haaa pandai2 lah ye kongsi2. Bawa sendiri siap2 ke kann..

Ha ini pemandangan depan bilik...lapang je nampak pokok2 kelapa sawit. Nampak ke hotspring dari bilik? Jawapannya tak nampak! Nak pergi ke sana kena jalan jauhhh ke bawah sana tu. Ok pasal hotsring kejap ye.

Sebelum cerita hotspring apa lagi ye pasal hotel ni.....

Ok...wifi tak ada!hehe... dan kitorang pakai data celcom. Kat sini slow yang amat. Jadi korang nikmatilah sepenuhnya percutian dan boleh abaikan dulu fon.hehe... Mau taknya, jalan nak masuk pun dah jauhhhh ke dalam. Sebab tu dalam entry yang lepas lina dah pesan nak makan nasi bamboo tu gi makan dulu baru dtg check in.

Kedai makan sini yang ada gerai2 kat luar. Jadi bagi yang ada tentera2 kecil bawa lah ye bekal snek2 siap2. Kang malam2 perut berdondang sayang jenuh nak cari makan. Lina memang dah bawa segala biskut, roti, kerepek dll... Dah tahu travel dengan budak2 makanan biar lebih sikit bawa.

Panjang dah ni weih...next entry la ye pasal hotspringnya. Saje nak kasi surprise.hehehe....

About Lina

Nor Lina Iryani, merupakan isteri seorang pelaut dan mempunyai dua puteri. Berkhidmat sebagai seorang guru yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes keluarga untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat umumnya..

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment